FOTO KPDNKK
FOTO KPDNKK
HM Digital


HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal manakala diesel naik dua sen bermula 12.01 tengah malam ini sehingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 kekal pada harga RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.58 seliter.

Sementara itu, diesel naik dua sen daripada RM2.23 kepada RM2.25 seliter. 

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 30 November hingga 6 Disember 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 6:17 PM