POLIS membuat pemeriksaan ke atas penunggang motosikal dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru di sekitar daerah Kubang Pasu bermula semalam hingga hari ini. FOTO Ihsan PDRM
POLIS membuat pemeriksaan ke atas penunggang motosikal dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru di sekitar daerah Kubang Pasu bermula semalam hingga hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


ENAM lelaki ditahan dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru di sekitar daerah Kubang Pasu bermula semalam hingga hari ini, kerana memiliki dan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, dalam operasi bermula 10 malam hingga 3 pagi itu, seorang lelaki ditahan kerana miliki dadah di Air Hitam malah ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, empat lagi lelaki turut ditahan di Air Hitam kerana memiliki dadah malah ujian saringan air kencing juga positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Manakala seorang lagi ditahan di kawasan sama selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Selain itu dalam operasi sama kita mengeluarkan saman sebanyak 116 atas pelbagai kesalahan trafik selepas membuat pemeriksaan ke atas 128 motosikal dan 20 kereta membabitkan 193 orang diperiksa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 7:24 PM