GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

PELAJAR pelajar perempuan sekolah menengah antara 46 orang yang ditahan polis ketika sedang menghadiri satu parti liar di sebuah inap desa di Taiping, hari ini. .

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, dalam serbuan di premis di Jalan Regat Muzaffar Shah, Assam Kumbang pada 8.15 pagi tadi , mereka yang ditahan terdiri daripada 14 perempuan dan 32 lelaki berumur antara 17 hingga 24 tahun.

“Pemeriksaan di dalam premis menemukan pelbagai jenis dadah termasuk daun kering dipercayai ganja. Ujian saringan air kencing dijalankan dan mendapati 34 daripada yang ditahan positif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki warga India yang mengaku sebagai penganjur dan penyewa premis terbabit.

Beliau berkata, polis turut merampas peralatan muzik kerana pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen sah menjalankan aktiviti pusat hiburan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Perak 1997.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 10:50 PM