Muhammad Yusmadi Mohd Nizam meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Ihsan PDRM
Muhammad Yusmadi Mohd Nizam meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Ihsan PDRM
Mohamad Fahd Rahmat


LELAKI 25 tahun maut selepas motosikalnya merempuh kereta yang membuat pusingan U di kilometer 80 Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam, Kluang, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, dalam kejadian 4.15 petang itu, Muhammad Yusmadi Mohd Nizam dari Kampung Baru Simpang Renggam, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang berseorangan dari arah Jalan Machap menghala ke Simpang Renggam.

“Setiba di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan di hadapannya membuat pusingan U.

“Akibat jarak terlalu dekat, penunggang motosikal melanggar sisi kanan kereta itu menyebabkan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 9:25 PM