SUKARELAWAN UPSI sebelum bertolak ke Besut, Terengganu bagi membantu mangsa banjir.
SUKARELAWAN UPSI sebelum bertolak ke Besut, Terengganu bagi membantu mangsa banjir.
HM Digital

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak proaktif menghantar pasukan sukarelawan ke Besut, Terengganu dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

Seramai 32 sukarelawan ResQ Team membabitkan 22 pelajar dan 10 kakitangan bertolak ke Kampung Tembila, Besut, Terengganu kelmarin
bagi meneruskan misi memberi khidmat bantuan bantuan.

Sebahagiannya bergerak ke Jajahan Pasir Mas untuk membantu mangsa di sana dan Ketua Jajahan Mohamed Nor Husin.

Di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tembila mereka mengadakan aktiviti bersama anak mangsa selain membantu memasak dan kerja pembersihan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Md Amin Md Taff berkata, misi kemanusiaan itu diketuai Sadzali Hassan dan Nazeema Mohamed Yusof.

Katanya, ResQ Team ditubuhkan untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawanan
dan berbakti kepada masyarakat yang ditimpa musibah termasuk banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 8:53 AM