Gear Sport dan Gear IconX yang mula dipasarkan hari ini. FOTO ihsan Samsung
Gear Sport dan Gear IconX yang mula dipasarkan hari ini. FOTO ihsan Samsung
Afiq Hanif


SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) memperkenalkan dua peranti boleh pakai (wearable) termasuk Gear Sport dan Gear IconX yang mula dipasarkan hari ini.

Gear Sport, jam dengan rekaan bulat bersaiz 1.2 inci Super AMOLED kalis air sehingga 50 meter.

Beroperasi pada pemprosesan Exynos 7270 1.0GHz dan storan dalaman 4GB.

Ia juga lengkap GPS, giro, accelerometer, barometer dan HRM.

Dijual pada harga RM1,299, dua warna tali jam boleh diperoleh iaitu hitam dan biru.

Gear IconX pula fon telinga tanpa wayar yang ergonomik dan ringan.

Sesuai untuk individu yang mengamalkan gaya hidup aktif seperti aktiviti di gim, marathon atau berjoging, ia boleh dipasang dengan pengaktifan suara arahan kecergasan khas menguruskan latihan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 5:02 PM