SAMSUNG Gear IconX
SAMSUNG Gear IconX
SAMSUNG Gear Fit2
SAMSUNG Gear Fit2
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Bagi menyampaikan pengalaman melakukan aktiviti bersukan lebih baik, Samsung tampil dengan versi Gear Fit yang dipertingkatkan, Gear Fit2.

Kali ini, Gear Fit2 adalah peranti kecergasan pertama keluaran Samsung yang mempunyai ciri GPS, membolehkan pengguna merekodkan jarak larian dan masa dengan lebih tepat.

Jika kebanyakan peranti lain seumpamanya memerlukan pengguna untuk set tetapan sebelum memulakan aktiviti, namun tidak bagi Gear Fit2.

Dengan fungsi Pencatat Aktiviti Automatik, ia berupaya untuk mengesan pergerakan aktif anda sekali gus membenarkannya untuk mencatatkan kadar nadi, berbasikal dan lain-lain lagi secara automatik.

Sebanyak 4GB ruang storan diberikan untuk membolehkan pengguna menyimpan pelbagai genre muzik selain boleh memainkan lagu terus dari telefon pintar dengan sambungan Bluetooth.

Bersama kapasiti bateri 200 mAh, Gear Fit2 boleh bertahan antara tiga hingga empat hari, bergantung kepada tahap penggunaan selain datang dengan ciri kalis air IP68.

Selain Gear Fit2, Samsung juga memperkenalkan satu lagi peranti khusus yang boleh dibawa ketika bersukan iaitu Gear IconX.

Tanpa sambungan wayar, Gear IconX mampu bertahan pada kedudukan telinga dengan statik dan boleh memainkan sehingga 1,000 trek lagu yang disimpan di dalam 4GB ruang storan melalui sambungan Bluetooth versi 4.1 yang rendah tenaga.

Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Gear Fit2, IconX dicipta untuk mengesan dan mencatatkan kelajuan, jarak, kadar degupan jantung dan kalori yang terbakar dengan panduan suara.

Dengan 15 bahasa berbeza, setiap aktiviti yang direkodkan pada peranti ini boleh di sync kan dengan aplikasi S Health, bagi memudahkan pengguna memantau rekod sedia ada.

Sekiranya kehabisan bateri, anda boleh mengecas peranti ini dengan kes yang didatangkan bersama dengannya.

INFO

SAMSUNG GEAR ICONX

• Harga: RM699

• Sensor: Kadar degupan jantung, akselerometer, sentuhan kapasitif

• OS: TIZEN

• RAM: 512MB

• Storan: 4GB (boleh memainkan sehingga 1,000 trek lagu)

• Sambungan: BT 4.1 (BLE)

• Format audio: MP3, M4A, AAC, WAV, WMA (WMA v9)

• Bateri: 315mAh, 47mAh (fon telinga)

• Warna: Kelabu, biru dan putih

SAMSUNG GEAR FIT2

• Harga: RM699

• Sensor: GPS, kadar degupan jantung, akselerometer, giro, barometer

• OS: TIZEN

• RAM: 512MB

• Storan: 4GB

• Saiz skrin: 1.5”

• Paparan: Super AMOLED

• Bateri: 200 mAh

• Warna: Kelabu, biru dan merah jambu

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 11:54 AM