SAMSUNG Gear S3
SAMSUNG Gear S3
SAMSUNG Gear S3
SAMSUNG Gear S3
Afiq Hanif


Samsung bakal melancarkan jam pintar Gear S3 dengan dua versi, Frontier dan Classic bagi pasaran Malaysia yang mengekalkan bezel boleh putar untuk kawalan menu jam.

Ia bakal dijual pada harga RM1,399 bermula esok.

Skrinnya dilengkapi paparan 1.3 inci Super AMOLED dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass SR+ yang direka khas untuk peranti boleh pakai lebih tahan lasak dan tahan calar.

Samsung hanya memperkenalkan satu rangkaian bagi Gear S3 iaitu tanpa LTE, namun pengguna masih boleh membuat panggilan dengan menyambungkan telefon ke gajet ini menggunakan bluetooth.

Jam pintar ini akan lengkap dengan ciri Samsung Pay namun ia masih belum boleh digunakan bagi pasaran Malaysia. Selain ciri unik itu, ia turut datang dengan alat dalaman GPS, sensor altimeter, barometer dan speedometer.

Ia mempunyai ketahanan bateri hingga empat hari.

S3 mempunyai fungsi SOS dan pengesan GPS baru. Pengguna hanya perlu menekan butang ‘home’ sebanyak tiga kali bagi mengaktifkan fungsi SOS.

Pengguna yang mahu strim menggunakan aplikasi pihak ketiga pula boleh memasangnya melalui bluetooth dan bukannya memindah turun aplikasi secara langsung ke jam terbabit.

Gear S3 Frontier lebih kepada individu yang mementingkan gaya hidup aktif sesuai dengan kerja atau aktiviti luar masing-masing.

Gear S3 Classic pula sesuai untuk indvidu yang pentingkan perincian pada peranti dengan rekaan mewah.

Terdapat lima antaramuka jam yang terpapar pada skrin Super AMOLED yang tidak akan memadamkan skrin tapi hanya mengaburkannya jika tidak digunakan.

Mengoperasikan jam hanya dengan kaedah ‘tap’, leret dan sentuh pada skrin dan bezel boleh pusing pula membantu menjadikannya lebih kemas.

Jam ini mempunyai keupayaan pembesar suara sendiri yang berguna untuk membuat panggilan, mendengar mesej suara dan penggera.

Samsung Gear S3 mampu dibawa masuk dalam air apabila ia ditetapkan pada pensijilan IP68 yang kalis air sehingga 1.5 meter dalam masa hingga 30 minit.

Ia juga menggunakan standard ketenteraan MIL-STD-810G yang tahan lasak.

INFO

SAMSUNG GEAR S3

• HARGA: RM1,399

• PAPARAN: 1.3 Super AMOLED

• AP: Dual Core 1.0GHz

• OS: Tizen

• MEMORI: 4GB

• RAM: 768MB

• CIRI: 1P68

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 11:17 AM