Mohd Hilmie Hussin


WARGA emas yang terlantar di rumah di tepi Sungai Tedong, dipindahkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke rumah saudaranya selepas kediaman dinaiki air, hari ini.

Mah Kassim, 74, terlantar akibat sakit tua dan dijaga anaknya, Sarinah Mat Rahim, 41.

Beliau terpaksa diusung keluar dari rumah kira-kira 7 pagi, selepas rumahnya di Kampung Tedung Pekan, Merlimau dimasuki ai sejak 6 pagi lagi.

Sementara itu, hujan lebat sejak 1 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi baru di Melaka dinaiki air.

Tinjauan Harian Metro di Kampung Tedong, Serkam mendapati lebih 10 rumah dimasuki air hingga paras kira-kira 0.7 meter.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, beberapa kawasan iaitu Serkam dan Merlimau (Jasin), Krubong, Bukit Rambai serta Tanjung Minyak (Melaka Tengah) turut dinaiki air.

ANTARA kawasan yang dilanda banjir. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
ANTARA kawasan yang dilanda banjir. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) baru iaitu Sekolah Kebangsaan Tedong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Hanum, Merlimau dibuka, namun bilangan mangsa yang dipindah belum dapat dipastikan.

"Selain dua pusat yang baru dibuka itu, PPS di SK Tehel, Balairaya Seri Mendapat (Jasin) serta Balairaya Kampung Seri Jeram (Alor Gajah) masih beroperasi menempatkan 60 mangsa daripada 17 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 1:10 PM
MANGSA banjir, Mah Kassim, 74, (terbaring) dipindahkan selepas rumahnya dinaiki air. FOTO Muhamad Zuhairi Zuber
MANGSA banjir, Mah Kassim, 74, (terbaring) dipindahkan selepas rumahnya dinaiki air. FOTO Muhamad Zuhairi Zuber