JEE Swee ditemui di sisi pokok rambutan.
JEE Swee ditemui di sisi pokok rambutan.

Kota Bharu: Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan telentang selepas memotong dahan pokok rambutan di belakang rumahnya di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, di sini, pagi kelmarin.

Mangsa, Owee Jee Swee, 76, ditemui oleh penduduk kampung jam 7.30 pagi.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya di Wakaf Bharu untuk urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, mayat mangsa ditemui oleh rakannya dalam keadaan sudah tidak bernyawa selepas terjatuh dari pokok rambutan pada ketinggian kira-kira lima meter yang terletak di belakang rumah mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 6:39 AM