ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamad


Kota Bharu: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan bertembung kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Salor Baru dekat Salor, di sini.

Kejadian 12.15 tengah malam tadi menyebabkan Ahmad Khairul Zakirin Azhar, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Rantau Panjang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

Motosikalnya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV dipandu guru, 50.

Mangsa melambung ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 11:26 AM