PROTON anugerah kereta kepada pemenang pingat emas.
PROTON anugerah kereta kepada pemenang pingat emas.

Kuala Lumpur: DRB-HICOM Bhd dan Proton Holdings Bhd akan menganugerahkan atlet Malaysia yang memenangi pingat di Olimpik Rio dengan kereta Proton sebagai menghargai usaha, dedikasi dan komitmen mereka.

Pengarah Urusan DRB-HICOM dan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar sambil mengucapkan tahniah kepada pemenang terbabit berkata, pemenang pingat emas akan menerima Perdana 2.0L, pemenang pingat perak akan mendapat Suprima S 1.6L Turbo Premium manakala pemenang pingat gangsa pula sebuah Iriz 1.6L Premium.

“Oleh kerana DRB-HICOM dan Proton sentiasa membawa bendera Malaysia dalam semua perkara yang kami lakukan, sumbangan ini seiring dengan kebanggaan kita terhadap Jalur Gemilang.

“Kami berharap ini akan menggalakkan lagi atlet kita untuk berusaha lebih gigih bagi membuatkan rakyat Malaysia berbangga, terutama di peringkat tertinggi seperti Olimpik,” kata dalam kenyataan di sini, semalam.

Setakat ini, Malaysia sudah memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa. Penerjun Pandelela Rinong dan Chiong Jun Hoong memenangi pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama, pelumba basikal Azizulhasni Awang mendapat pingat gangsa dalam acara keirin, manakala bergu campuran badminton Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memperoleh pingat perak.

Malaysia diwakili 32 atlet yang bersaing dalam 10 acara dalam temasya sukan terbesar dunia di mana lebih 200 negara mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 5:14 AM