DATUK Lee Chong Wei bersama Proton Perdana 2.4 Liter yang diterimanya. FOTO Osaman Adnan
DATUK Lee Chong Wei bersama Proton Perdana 2.4 Liter yang diterimanya. FOTO Osaman Adnan
Azlan Muhammad Zain


LAPAN atlet negara yang meraih pingat perak dan gangsa di Olimpik Rio 2016 mendapat kereta masing-masing daripada DRB-HICOM dengan nilai keseluruhan sumbangan RM680,788, hari ini.

Sumbangan disampaikan kepada atlet menerusi anak syarikatnya, PROTON Holdings Berhad, dalam majlis yang diadakan di Subang Jaya.

Datuk Lee Chong Wei yang juga pemenang perak dalam tiga Olimpik mengetuai senarai apabila menerima Perdana 2.4 liter yang bernilai RM138,888.

Pemenang pingat perak yang lain seperti Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong (terjun) mendapat diberikan Suprima S Turbo 1.6 liter yang bernilai RM80,350 setiap satu.

Pelumba elit negara, Azizulhasni Awang yang meraih gangsa dalam acara keirin mendapat Persona Premium 1.6 liter yang bernilai RM59,800.

Malaysia melakar pencapaian terbaik di Olimpik Rio apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 5:55 PM