Najib ( tengah ) bersama FD Iskandar (empat dari kanan) dan ( dari kanan) Abdul Jalil,  Shareen, Mohamed Jawhar,  Joseph, Mohammad Azlan, Lee dan Jeff  menggaul  yee sang di Majlis  Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Media Prima, hari ini. FOTO Yusni Ariffin

Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Media Prima di Balai Berita The News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Jalan Riong, Bangsar, di sini, petang tadi.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri FD Iskandar, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengerusi NSTP Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB Ahmad Izham Omar, Ketua Kumpulan Pemasaran MPB Shareen Ooi Bee Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Big Tree Outdoor Jeff Cheah See Heong dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 6:28 PM