myMetro

Kuala Pilah: Kegembiraan seorang lelaki yang menyangka mendapat ikan ketika menjala di Sungai Muar dekat Kampung Gentam, di sini, bertukar sebaliknya apabila dia terjala tengkorak manusia.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, lelaki itu yang juga pesara tentera berusia 65 tahun terkejut apabila melihat ada tengkorak manusia dalam jalanya sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Luqman Abd Rahman berkata, bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ke lokasi untuk siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:26 AM