ANGGOTA PPDA Bomba menemui kereta Proton Wira yang terjunam ke dalam Sungai Korok. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
ANGGOTA PPDA Bomba menemui kereta Proton Wira yang terjunam ke dalam Sungai Korok. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa ditemui dalam kereta Proton Wira yang terjunam ke dalam Sungai Korok di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, hanya seorang mangsa terbabit dan dia berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, kereta berkenaan berjaya ditemui pada 7.45 malam.

"Pemeriksaan dalam kenderaan tidak menemui mangsa lain dan kereta dinaikkan dengan trak tunda.

"Susulan penemuan, operasi ditamatkan serta-merta," katanya.

Berita berkaitan

  • Lelaki terselamat, kereta tenggelam dalam sungai
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 9:45 PM