Raub: Sembilan kawasan di daerah ini dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam bermula esok.

Kawasan yang terbabit adalah Taman Raub Jaya 1 hingga 6, Taman Lee Man, kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Taman Intan, Taman Raub Utama, Pusat Perniagaan Inderapura, Rotan Tunggal, Taman Wawasan dan sepanjang Jalan Tras sehingga simpang Krau.

Pengurus Kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Daerah Azeri Abdul Aziz berkata, gangguan bekalan air itu bermula dari jam 8 pagi hingga jam 10 malam.

Katanya, gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembersihan dan pencucian tangki mendapan fasa 2 di Loji Air Sungai Bilut, Raub.

“Sehubungan itu, PAIP meminta penduduk di kawasan terbabit menyimpan air secukupnya dan pengguna boleh menghubungi talian 09 3555040 untuk keterangan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 6:44 AM