SEBAHAGIAN pelajar UPSR  pada Program Jati Murid-murid Tahun Enam di Awang's Resort & Restaurant, Rantau Abang.
SEBAHAGIAN pelajar UPSR pada Program Jati Murid-murid Tahun Enam di Awang's Resort & Restaurant, Rantau Abang.
Oleh Nazdy Harun


Langkah strategik yang dilaksanakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang mampu melonjakkan tahap pendidikan di daerah itu seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang Kassim Husin berkata, perubahan sejajar dengan aspirasi PPPM antaranya dialog prestasi antara kepemimpinan sekolah iaitu pengetua dan guru besar.

Beliau berkata, gelombang pertama PPPM menekankan latihan dan pemantauan melalui pegawai di PPD iaitu School Improvement Partner (SIPartner+) dan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) kepada pengetua, guru besar dan guru yang dijalankan secara berterusan.

“Selain itu, kita juga melaksanakan penataran PPPM kepada pengetua, guru besar, guru, masyarakat dan pelajar antaranya melalui forum pendidikan serta hebahan melalui pemasangan kain rentang dan pementoran bagi guru baru.

“Kita mengenal pasti isu dan intervensi melalui data papan pemuka yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu kehadiran, disiplin, keberadaan guru, kualiti guru dan kepimpinan pengetua serta guru besar.

“Bagi memperkasakan intervensi terhadap isu, kita menjalankan antaranya kursus dinamik kepimpinan kepada pengetua dan guru besar, dialog prestasi bagi keberadaan guru selain program gerakan hadir ke sekolah dan bengkel,”katanya ketika ditemui di PPD Marang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:16 AM