LEE (dua dari kiri) menunjukkan pil Eramin 5 dan serbuk ketamin yang dirampas, semalam.
LEE (dua dari kiri) menunjukkan pil Eramin 5 dan serbuk ketamin yang dirampas, semalam.
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Bermula dengan hanya menjadi pengedar secara kecil-kecilan, seorang lelaki dikesan cuba mengaut keuntungan mudah dengan berjinak-jinak menghasilkan dadah ciptaannya sendiri sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatannya itu gagal apabila ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang menyerbu rumah lelaki berusia 49 tahun terbabit di Relau, di sini dan merampas pelbagai dadah serta peralatan menghasilkan dadah.

Difahamkan, suspek adalah seorang pengedar dadah tegar dan kerap keluar masuk penjara, namun dia dikatakan masih tidak serik malah kali ini lebih berani apabila cuba menghasilkan dadah sendiri di rumahnya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah dan suspek dikatakan menjadikan rumah terbabit sebagai stor yang bakal dijadikan makmal untuk melakukan eksperimen menghasilkan dadah.

Suspek dikatakan mempelajari cara membuat dadah itu sejak beberapa bulan lalu melalui rakan selain membuat kajian sendiri melalui Internet.

Timbalan Ketua JSJN negeri Deputi Superintendan Lee King Chuan berkata, serbuan dilakukan jam 12.30 tengah hari di pangsapuri milik lelaki berkenaan selepas polis menerima maklumat dan melakukan risikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:14 AM