ASISTEN Komisioner Anuar Omar (tengah) menunjukkan dadah jenis Heroin serta peralatan memasak dadah yang dirampas bernilai RM158,800.00 selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. FOTO Danial Saad

Hadzlihady Hassan

DUA lelaki yang menjadikan pangsapuri sebagai makmal memproses dadah ditahan di Relau, Georgetown, Ahad lalu.

Dalam serbuan 9 malam itu, polis merampas heroin, heroin base dan serbuk kafien bernilai RM158,800.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis juga turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan dadah.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang berusia 33 dan 34 tahun itu aktif sejak hampir 10 bulan lalu.

“Kita turut menyita Proton Satria dan Honda Civiv serta wang tunai.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2018 @ 8:32 PM