MENJADIKAN kehidupan haiwan kesayangan anda mudah diuruskan. FOTO: Ihsan IKEA
MENJADIKAN kehidupan haiwan kesayangan anda mudah diuruskan. FOTO: Ihsan IKEA

KHABAR baik untuk semua pencinta haiwan, penantian anda sudah berakhir!

Kini, IKEA memperkenalkan UTSÅDD, koleksi baharu untuk haiwan peliharaan yang menjadi antara koleksi pertama seumpamanya yang dilancarkan IKEA di negara ini.

UTSÅDD adalah rangkaian haiwan peliharaan baharu IKEA bagi menceriakan kehidupan di rumah buat teman kesayangan termasuk kucing serta pemilik mereka.

Koleksi itu dibangunkan berdasarkan input daripada doktor haiwan, pakar produk haiwan peliharaan, panel kucing dan anjing.

Ia terinspirasi daripada empat aktiviti yang paling biasa dilakukan haiwan peliharaan khususnya kucing di rumah iaitu makan, tidur, bermain dan bersembunyi.

Setiap item dalam koleksi UTSÅDD bukan sahaja mudah dibersihkan, tetapi juga tahan penggunaan harian.

Selain menjadikan kehidupan haiwan kesayangan dan pemilik lebih mudah diurus.

Malah keselamatan haiwan peliharaan turut diutamakan pada semua peringkat pembangunan koleksi itu dengan melakukan ujian teliti bagi setiap produk.

Dari rumah kucing, mainan, mangkuk makan hingga kepada selimut, tikar dan papan contengan, ia mempunyai segala-galanya yang diperlukan teman kesayangan anda untuk lebih selesa serta gembira di rumah.

SEGALANYA untuk keperluan haiwan peliharaan anda. FOTO: Ihsan IKEA
SEGALANYA untuk keperluan haiwan peliharaan anda. FOTO: Ihsan IKEA

Menurut Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, pihaknya tahu ramai rakyat Malaysia adalah pemilik haiwan peliharaan.

"Haiwan termasuk kucing adalah bahagian penting dalam kehidupan mereka di rumah.

"Di IKEA, kami juga menganggap haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga.

"Sejajar visi kami mewujudkan kehidupan sehari-hari yang lebih baik untuk semua, kami ingin memperkenalkan koleksi ini.

"Ia bukan sahaja memenuhi keperluan teman kesayangan kita, tetapi juga membuat pemilik haiwan gembira untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rumah mereka, sekali gus membawa keceriaan kepada setiap ahli keluarga," katanya.

Bagi meraikan pelancaran koleksi terbaharunya, IKEA menjemput semua pemilik haiwan peliharaan menonjolkan personaliti unik 'teman berbulu' mereka.

Tidak kira ia mempunyai perwatakan yang aktif dan ceria, kelakar atau nakal dan comel, kami mahu melihat ia menyerlah!

Jom sertai keseronokan dan berpeluang memenangi hadiah menarik daripada rangkaian UTSÅDD!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 7:01 AM