MENYEDUT alergen ketika bernafas, bersentuhan menghasilkan keradangan bahagian hidung atau paru-paru anda.
MENYEDUT alergen ketika bernafas, bersentuhan menghasilkan keradangan bahagian hidung atau paru-paru anda.
Hartini Mohd Nawi


ALAHAN haiwan adalah tindak balas alergi terhadap protein yang terdapat dalam sel kulit, air liur atau air kencing haiwan.

Bulu atau rambut haiwan tidak mempunyai banyak alergen (bahan penyebab alahan) tetapi ia boleh perangkap debunga, debu, kulat dan pelbagai alergen lain.

Alergen adalah bahan yang biasanya tidak berbahaya yang mencetus sistem imun untuk memberi reaksi berlebihan pada individu yang mengalami alahan haiwan seperti alahan bulu kucing.

Malah alahan haiwan berlaku apabila sistem imun anda bertindak balas kepada bahan asing seperti debunga, kulat atau haiwan kesayangan seperti kucing.

Sistem imun anda akan menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi. Antibodi ini melindungi anda daripada penceroboh yang tidak diingini dan boleh membuatkan anda sakit atau menyebabkan jangkitan.

Apabila anda mengalami alahan, sistem imun anda akan mengeluarkan antibodi yang mengenal pasti alergen tertentu sebagai sesuatu yang bahaya atau tidak.

Seterusnya apabila anda menyedut alergen ketika bernafas atau bersentuhan dengannya, sistem imun anda akan bertindak balas dan menghasilkan tindak balas keradangan di bahagian hidung atau paru-paru anda.

Pada masa sama, perdedahan berpanjangan atau biasa kepada alergen boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan (kronik) yang berkaitan asma.

Kebiasaannya alahan bulu kucing atau binatang lain akan muncul ketika atau tidak lama selepas terdedah kepada haiwan. Simptom-simptom ini mungkin berlanjutan selepas haiwan itu tiada di sisi anda.

Ini kerana alergen tetap berada di udara, di atas perabot ataupun pada pakaian anda.

PENDEDAHAN kanak-kanak kepada haiwan peliharaan sejak kecil memungkinkan mereka mempunyai daya tahan berkaitan penafasan.
PENDEDAHAN kanak-kanak kepada haiwan peliharaan sejak kecil memungkinkan mereka mempunyai daya tahan berkaitan penafasan.

Tindak balas ini boleh menyebabkan simptom alahan seperti bersin, mata gatal, berair atau merah, hidung berair, hidung tersumbat, batuk, kesukaran bernafas bengkak dan kulit berwarna biru di bawah mata.

Sekiranya alahan haiwan menyumbang kepada asma anda juga mungkin mengalami kesukaran bernafas, kesesakan atau kesakitan dada, nafas berbunyi, masalah tidur disebabkan batuk atau sesak nafas.

Sesetengah orang yang mengalami alahan bulu binatang turut akan mengalami gejala kulit yang dikenali sebagai alahan dermatitis.

Ia adalah reaksi sistem imun yang menyebabkan keradangan kulit. Antara simptom alahan dermatitis adalah tompokan merah, ekzema dan kulit gatal.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan haiwan, sistem imumnya akan bertindak dan melepaskan histamina serta lebih 40 jenis bahan kimia untuk melawan alergen itu.

Histamina yang dibebaskan bagi menyingkir antigen seperti hama, habuk dan spora.

Kebanyakan asma yang terjadi di awal zaman kanak-kanak tercetus disebabkan haiwan. Jika alergen bersentuhan dengan kulit bayi anda, ruam dan gatal-gatal boleh berlaku.

Setiap jenis haiwan termasuk hamster, tikus belanda dan kucing boleh menyebabkan tidak balas terhadap kanak-kanak yang mengalami alahan haiwan.

Ada kalanya, sukar untuk mengetahui sama ada anda mempunyai keradangan ataupun alahan. Sekiranya gejala berterusan selama lebih dari dua minggu, anda mungkin mengalami alahan.

Sekiranya simptom dan gejala anda teruk pada bahagian hidung terasa disekat dan kesulitan tidur atau bunyi berdengung, sila berjumpa doktor anda.

Dapatkan rawatan kecemasan sekiranya rasa berdengung atau sesak nafas anda bertambah teruk atau sekiranya anda sesak nafas walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti.

Bagaimanapun, pendedahan kepada haiwan peliharaan pada usia muda boleh membantu mengelakkan terjadinya alahan bulu binatang.

Sesetengah kajian mendapati, budak yang tinggal bersama haiwan kesayangan sepert kucing pada tahun pertama kehidupannya mungkin mempunyai daya tahan yang lebih baik terhadap jangkitan berkaitan pernafasan berbanding kanak-kanak yang tidak memiliki haiwan kesayangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 6:20 AM