MSI perkenal produk desktop kelas permainan berwarna putih untuk binaan kaki 'gamers'.
MSI perkenal produk desktop kelas permainan berwarna putih untuk binaan kaki 'gamers'.
Muhammad Saufi Hassan


WARNA putih memberi satu dimensi baharu untuk set desktop kelas permainan kerana ia bukan saja bersifat elegan, malah pemilihan warna berkenaan banyak menjadi pilihan 'gamers'.

Bayangkan jika pengguna mempunyai set desktop berwarna putih bermula dengan papan induk, kad grafik, skrin paparan sehingga kepada perkakas sokongan seperti papan kekunci serta tetikus berwarna putih.

Ia pastinya kelihatan sangat kemas dan elegan. Itu antara faktor pilihan pengguna lebih cenderung membina set desktop mereka dengan satu tona warna saja.

Untuk itu, jenama perkakas kelas permainan terkemuka, MSI tidak ketinggalan untuk menawarkan set desktop berwarna putih berkenaan serta didatangkan dengan keupayaan spesifikasi termaju dalam kelasnya.

Bagi pemilihan papan induk berwarna putih, MSI menawarkan beberapa variasi antara paling mencuri tumpuan adalah siri MAG B550M Mortar WiFi, MAG B660M Mortar WiFi atau kelas tinggi seperti MPG Z690 Force WiFi.

Komponen paling penting untuk set desktop kelas permainan ini pastinya kad grafik. MSI menawarkan kad grafik berwarna putih daripada generasi Gaming X Trio RTX 4070Ti.

Selepas pemilihan papan induk, pastinya pengguna mahu sistem penyejuk semua dalam satu (AIO) daripada generasi MAG CoreLiquid 240R V2 White yang dilengkapi dengan teknologi penyejukan cip pemproses terkini.

MAG CoraLiquid 240R ini juga didatangkan dengan sistem penyejuk pam, sekali gus memberikan bacaan suhu paling minimum biarkan untuk kapasiti penuh atau 'full load' tanpa masalah.

PENGGUNA boleh memilih hampir keseluruhan perkakas binaan desktop berwarna putih bermula daripada kerangka sehingga kepada perkakas sokongan.
PENGGUNA boleh memilih hampir keseluruhan perkakas binaan desktop berwarna putih bermula daripada kerangka sehingga kepada perkakas sokongan.

Selain itu, MSI turut menawarkan bekalan punca kuasa (PSU) berwarna putih daripada MPG A750GF White bersama kerangka MPG Gungnir 110R White yang turut didatangkan dengan warna putih.

Untuk pemilihan skrin paparan pula ada beberapa generasi yang boleh dipertimbangkan bermula dengan variasi Modern MD241PW sehingga kepada variasi skrin paparan yang menawarkan sudut lebar seperti Prestige PS341WU.

Akhirnya, pasti pengguna mahu melengkapkan 'pakej warna putih' ini dengan perkakas sokongan lain seperti papan kekunci, tetikus dan mungkin alat kawalan khusus untuk permainan.

MSI menawarkan papan kekunci Vigor GK30 White bersama tetikus Clutch GM11 White dan Force GC330 White.

Ia bukan saja memberi sentuhan kosmetik lebih dinamik untuk set desktop berwarna putih ini, tetapi menawarkan kuasa prestasi tanpa sebarang masalah.

Untuk set ini, pengguna boleh melancarkan sebarang perisian kompleks sehingga kepada pengalaman permainan yang licin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2023 @ 6:30 AM