Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Bagi mendepani ancaman kebocoran data, pengeluar terkemuka peranti pintar iaitu Apple mengambil inisiatif dengan pendedahan kepada sumber pendidikan baharu.

  Ia sekali gus dapat membantu pelanggan mempelajari cara serta kaedah untuk mengekalkan kawalan terhadap data pengguna.

  Inisiatif unik ini berbentuk set video pembelajaran sebanyak empat siri yang dilancarkan Selasa lalu bertajuk 'A Day in the Life of an Average Person's Data' yang menampilkan bintang Apple TV+ Ted Lasso, Nick Mohammed.

  Menerusi episod berkenaan, seorang pakar Apple Store menemani Mohammed semasa menjalani rutin hariannya dan menerangkan ciri privasi iPhone termasuk perlindungan privasi emel, pencegahan penjejakan pintar, ketelusan penjejakan aplikasi serta Wallet dan Apple Pay.

  Apple juga melancarkan '30 Minute Today At Apple' pada sesi latihan Apple pada hari Sabtu.

  Ia juga akan membimbing pelanggan melalui ciri iOS termasuk perlindungan privasi emel, semakan keselamatan, perkhidmatan lokasi dan kekunci laluan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 10:41 AM