iPhone.
iPhone.
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Apple hari ini sudah melancarkan kemaskini terbaharu untuk sistem operasi peranti pintar iPhone iaitu iOS versi 14.5 dengan beberapa penambahbaikan.

  Menerusi iOS sistem baharu ini, Apple sudah mempertingkatkan ciri keselamatan termasuk ketelusan pengguna apabila memperkenalkan 'Aplikasi Penjejakan Transparen'.

  Ia membolehkan pengguna untuk memilih mana-mana aplikasi terutamanya media sosial untuk menjejak atau tidak menjejak sebarang aktiviti pengguna.

  Fungsi terbaharu itu dilaksanakan untuk memperkemaskan sedia ada sekali gus memberi keutamaan privasi kepada pengguna.

  Selain itu, iOS 14.5 ini juga membolehkan pengguna menyahkunci iPhone menerusi Apple Watch sekali gus memberi pilihan lain kepada pengguna.

  Pelancaran versi baharu itu juga akan memberi sokongan kepada Apple Podcasts termasuk AirTag serta beberapa kefungsian lain.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 2:59 PM