CANTIK dan mudah digayakan.
CANTIK dan mudah digayakan.
Siti Nadirah Hafidzin


BAHANG Aidilfitri kian terasa, selain sibuk dengan rutin harian berpuasa, kebanyakan wanita kini rancak melakukan persiapan terakhir terutama berkaitan busana, tudung serta aksesori yang bakal digayakan di pagi lebaran.

Selain mencari busana yang sepadan dan menawan, golongan wanita khususnya yang bergelar ibu tidak terkecuali mahu tampil bergaya dengan mengenakan hijab terkini dan sesuai, manis dipandang serta paling utama tidak perlu bersiap lama.

Mana tidaknya, walaupun ketika pagi Syawal dan hari-hari seterusnya, golongan itu bukan saja perlu menyiapkan suami dan anak-anak namun dalam masa sama masih tetap turun dapur menyediakan juadah makanan untuk menjamu sanak-saudara juga kenalan yang berkunjung ke rumah.

Situasi itu menyebabkan ramai golongan ibu yang akhirnya terpaksa menyarung apa saja tudung yang mudah tanpa memikirkan ia sepadan dengan baju atau tidak.

Menyedari senario yang menjadi antara dilema kebanyakan wanita bergelar ibu ketika hari raya, terbaru, Liyyan Couture tampil dengan koleksi Aidilfitri iaitu tudung segera jenis sarung bercorak yang sangat mudah digayakan serta praktikal digayakan di hari raya.

Pengasasnya Hayati Maharof berkata, dua koleksi sedia ada Laura dan Mellie dihasilkan daripada fabrik kapas lembut yang ternyata membuatkan si pemakai selesa, sekali gus memudahkan pergerakan harian terutama ketika hari-hari sibuk atau ketika cuaca panas.

Menurutnya, manakala koleksi terbaru lebaran, Dinara yang juga tudung jenis sarung dihasilkan dengan rekaan corak menarik serta rona ceria bagi membangkitkan semangat dan kegembiraan hari raya.

“Lebih menarik, koleksi tudung segera kami mempunyai hampir 400 corak berbeza yang dapat memberi kepelbagaian pilihan kepada pelanggan.

KOLEKSI tudung sarung sempena lebaran.
KOLEKSI tudung sarung sempena lebaran.

“Kami membawakan konsep mudah, pantas dan tidak perlu digosok namun tetap tampil anggun terutama ketika Aidilfitri,” katanya.

Menurutnya, ramai wanita yang mahu bergaya dengan tudung sarung terutama di hari raya bimbang penampilan diri kelihatan tidak menawan selain dilihat seperti golongan berusia.

“Atas faktor itu kami tampil dengan kepelbagaian corak dan warna serta sengkuap yang terbentuk cantik supaya orang tidak lagi menggelarnya ‘tudung mak cik’ kerana wanita yang menggayakan tudung segera jenis sarung tetap boleh tampil menawan.

“Kami juga tidak hanya menyasarkan pelanggan dalam kalangan ibu berumur malah sesiapa saja sesuai bergaya dengan tudung sarung ini terutama kepada individu yang tidak mahu membazir masa bersiap lama di depan cermin,” ujarnya.

Hayati berkata, pembelian boleh dilakukan secara atas talian di Facebook Liyyan Couture Hijab, walaupun semua koleksinya adalah jenis tudung segera, pihaknya menghasilkan dua rekaan berbeza iaitu jenis ringkas dan ada yang kelihatan seperti selendang.

“Untuk harga, semua koleksi dijual dalam lingkungan RM45

hingga RM49 sehelai namun sempena Aidilfitri ini, pelanggan akan menikmati potongan harga kombo yang menjimatkan bagi setiap pembelian tiga helai.

“Kami berharap dengan adanya koleksi tudung segera ini dapat membuatkan hari raya anda lebih indah dan seronok tanpa perlu memikirkan soal hijab yang sukar terbentuk atau sukar dililit,” katanya.

Tambahnya, koleksi tudung juga boleh didapati di cawangan kedai Batu 9 Cheras, berhampiran Tesco Mergong Kedah dan di Klang City Square, Selangor.

SELESA dan praktikal di Aidilfitri.
SELESA dan praktikal di Aidilfitri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 4:00 AM