NEELOFA menggayakan koleksi terbaru Naelofar Hijab.
NEELOFA menggayakan koleksi terbaru Naelofar Hijab.
ANTARA koleksi terbaru Naelofar Hijab.
ANTARA koleksi terbaru Naelofar Hijab.
ANTARA koleksi terbaru Naelofar Hijab.
ANTARA koleksi terbaru Naelofar Hijab.
NEELOFA bersama barisan model yang menggayakan koleksi terbaru Naelofar Hijab.
NEELOFA bersama barisan model yang menggayakan koleksi terbaru Naelofar Hijab.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Ringkas, tetapi menawan. Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai koleksi raya Naelofar Hijab yang kini boleh didapati di seluruh negara melalui 500 stokis jenama itu untuk digayakan menjelang Aidilfitri nanti.

Penggunaan warna lembut dan batu Swarovski pasti membuatkan penampilan kelihatan lebih manis pada hari lebaran, selain mudah dipadankan dengan mana-mana persalinan.

Meletakkan perincian yang minimum, tetapi mempunyai daya tarikan tersendiri, koleksi raya daripada Naelofar hijab tampil dengan tudung sedia disarung untuk menghadiri pelbagai majlis rumah terbuka.

Sesuai untuk semua peringkat usia, jenama berkenaan direka bagi menampilkan hijab sebagai pemakaian yang moden, bergaya dan mudah bagi wanita yang berkeyakinan tinggi.

Menurut Pengasas Naelofar Hijab yang juga artis terkenal, Neelofa, koleksi raya berkenaan menampilkan 13 gaya tudung dengan 30 warna bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing.

“Saya bersyukur koleksi ini mendapat sambutan hangat. Pelanggan boleh mendapatkan koleksi terbaru ini sama ada melalui stokis ataupun daripada laman web rasmi kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:00 AM