PERINCIAN ropol beri keselesaan dan gaya kepada pemakai.
PERINCIAN ropol beri keselesaan dan gaya kepada pemakai.
Intan Mas Ayu Shahimi

Menghampiri Ramadan, ramai yang sudah mula sibuk membelek fesyen sesuai untuk digayakan pada hari raya. Di laman Facebook dan Instagram pelbagai jenama pakaian Muslimah muncul tiba-tiba bak cendawan tumbuh .

Senario ini sudah menjadi kebiasaan berikutan berulang saban tahun. Waktu inilah wanita teruja memilih busana pelbagai rekaan dan potongan. Rekaan demi rekaan bertandang di skrin telefon bimbit, bersilih ganti.

Memberi kelainan dalam fesyen, Deenara Couture mengetengahkan koleksi moden kontemporari hasil rekaan eksklusif untuk wanita yang tercari-cari koleksi praraya.

Pengasasnya, Ayu Hayati Hamzah berkata, koleksi praraya tahun ini menggunakan fabrik satin Monaco, krep Como dan sifon yang diperincikan dengan manik, mutiara, permata, bunga tiga dimensi (3D) serta renda mewah.

REKAAN moden untuk wanita elegan.
REKAAN moden untuk wanita elegan.

“Secara keseluruhannya, kami mempunyai lebih 15 rekaan untuk lebaran 2018. Bagaimanapun, untuk praraya, kami mengetengahkan koleksi moden kontemporari yang menggabungkan konsep moden dan klasik. Salah satu daripadanya adalah kebaya peplum.

“Kebaya ini boleh digayakan mengikut mood dan kreativiti pemakai. Ada yang selesa dengan padanan seluar polos seperti palazzo, ada juga yang lebih sukakan kain potongan duyung.

“Selain itu, ada juga koleksi blaus dengan perincian ropol eksklusif di bahagian tangan dan kaki. Potongan baju pula menampakkan susuk anggun pemakai,”katanya.

REKAAN moden untuk wanita elegan.
REKAAN moden untuk wanita elegan.

Jelas Ayu, koleksi kali ini lebih terarah kepada pilihan kurung moden gaya klasik dengan perincian minimum, sesuai untuk digayakan ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara, menghadiri majlis kahwin, ke pejabat atau sekadar kasual.

“Hanya untuk koleksi hari raya nanti, barulah perincian manik, mutiara, permata, bunga kecil dan campuran fabrik diberi perhatian untuk memberi kelainan, sekali gus menyerlahkan lagi rekaan.

REKAAN moden untuk wanita elegan.
REKAAN moden untuk wanita elegan.

“Untuk koleksi ini, rekaannya banyak diinspirasikan daripada koleksi busana zaman 70-an. Kami beri sentuhan moden untuk disesuaikan dengan kehendak wanita kini yang mementingkan ciri minimalis dalam fesyen.

“Setiap helaian busana ditawarkan pada harga mampu milik, bersesuaian mengikut rekaan. Harga bermula dari RM99 hingga RM289,” katanya.

REKAAN moden untuk wanita elegan.
REKAAN moden untuk wanita elegan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 1:32 AM