PELBAGAI manisan, kek dan pastri ditampilkan dalam gaya cukup elegan serta menarik.
PELBAGAI manisan, kek dan pastri ditampilkan dalam gaya cukup elegan serta menarik.
HM Digital

Dari Ganache ke Creme Brulee, ternyata krim Eropah memang pilihan terbaik. Kaya dan lemak berkrim, dua ciri berkenaan menjadi elemen paling penting dalam penyediaan resipi hebat pastri.

Sejak dulu, krim Eropah memang diakui menjadi pilihan ramai pembuat pastri kerana mempunyai rasa halus yang unik. Rasanya yang kekal dalam tradisi membina reputasi baik dalam menyerlahkan rasa serta kualiti masakan.

Tidak kira sebagai hiasan atau dijadikan asas hidangan, krim Eropah mempunyai kelebihan tersendiri sebagai penambat selera.

Baru-baru ini Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Pastry Institute of St Honore Kuala Lumpur, Cef Frederic Oger memperkenalkan rasa krim Eropah dengan pilihan pastri dalam gaya cukup versatil.

Program anjuran French Dairy Inter-Branch Organisation (CNIEL) yang diberikan dana bantuan dari European Union (EU) itu diadakan di Pastry Institute of St Hanore Kuala Lumpur.

Sebaik tiba ke lokasi program, tetamu disambut dengan bau harum roti dan pastri yang dibakar dalam ketuhar untuk sarapan pagi itu.

Ternyata perkongsian singkat itu meninggalkan pengalaman menarik buat tetamu jemputan. Pelbagai manisan, kek dan pastri ditampilkan dalam gaya cukup elegan serta menarik. Semua hidangan berkenaan dikatakan menjadi pilihan pencinta krim Eropah di seluruh dunia.

Julung kali menjamah bufet sarapan pagi pastri. Hidangan brioche, tart tropezienne, croissant, pain au chocolat, salmon quiche, chicken cream pie dan mushroom vol au vent, semuanya dihias dengan krim Eropah.

Usai sarapan, maka bermulalah kelas memasak dengan tunjuk ajar Cef Frederic Oger.

Kata Frederic, program itu diadakan untuk mempamerkan keanggunan dan fleksibiliti krim EKrim ropah dalam pembuatan pastri dan manisan.

“Keunikan krim ini terletak pada kandungan lemaknya dan konsistensi pengeluaran susu di Eropah. Kedua-dua faktor ini menjadikan krim dihasilkan sentiasa menepati kualiti, stabil dan konsisten,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 9:59 AM