Hajahfarhana Tarmudi


Hanya pencinta kopi saja yang tahu betapa nikmatnya jika dapat menghirup secawan kopi panas jenama kegemaran setiap pagi. Bahkan ada yang mengakui harinya seakan tidak lengkap seandainya tidak dapat menikmati kemewahan rasa kopi.

Jika anda termasuk dalam kumpulan ini khususnya penggemar jenama Kopi Kapal Api, jangan lepaskan peluang menyertai peraduan Buruan Emas Kapal Api untuk merebut hadiah bernilai RM150,000 dengan hanya membeli pek hologram Kapal Api (tertakluk kepada terma dan syarat).

Nilai hadiah berkenaan merangkumi hadiah bulanan berupa 50 jongkong emas 5 gram (g) yang disediakan untuk 10 pemenang, 150 jongkong emas 1g (30 pemenang) dan 400 baucar tunai RM100 (80 pemenang) sepanjang tempoh peraduan.

Menariknya, hadiah penyertaan awal bulanan berupa tambah nilai prabayar bernilai RM10

untuk 300 pemenang setiap bulan juga ditawarkan.

Peraduan berkenaan diadakan untuk memberi penghargaan kepada pengguna setia Kapal Api KAW yang tidak putus-putus memberi sokongan hingga ke hari ini.

Hanya melalui langkah mudah, semua peserta boleh menyertai peraduan yang bermula 1 Mei lalu hingga 30 September 2017 depan.

Peserta hanya perlu membeli pek hologram Kapal Api KAW 180g halus (layak untuk dua penyertaan) atau Kapal Api KAW 70g halus (satu penyertaan).

Kumpul keratan hologram pek Kapal Api dan nyatakan jumlah penyertaan anda. Kemudian, jawab soalan yang diberikan, lengkapkan butiran di borang penyertaan dan pos bersama keratan hologram ke Peraduan Buruan Emas Kapal Api 2017, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Anda juga boleh melayari www.buruanemaskapalapi.com untuk muat turun borang penyertaan dan mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 10:20 AM