PASUKAN penyelamat mencari mangsa di runtuhan bangunan berikutan gempa bumi berskala 6.8 magnitud di Elazig, Turki. FOTO AFP
PASUKAN penyelamat mencari mangsa di runtuhan bangunan berikutan gempa bumi berskala 6.8 magnitud di Elazig, Turki. FOTO AFP
Reuters

ANKARA: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 di wilayah Elazig, kira-kira 550 kilometer dari ibu negara Turki, pada Jumaat.

Kejadian menyebabkan sekurang-kurangnya 18 terkorban, masing-masing 13 di Elazig dan lima di Malatya, selain merosakkan bangunan dan kediaman.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata, kakitangan bantuan kecemasan sudah digerakkan untuk mencari 30 mangsa yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan.

Kejadian itu juga mengakibatkan 500 yang lain cedera dan kini menerima rawatan di hospital tempatan.

Soylu mengklasifikasikan kejadian ini sebagai gempa tahap tiga mengikut pelan tindakan kecemasan kebangsaan, namun masih belum memerlukan bantuan antarabangsa.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Tukri (AFAD) memberi amaran supaya penduduk tidak pulang ke rumah masing-masing kerana khuatir akan berlaku gempa susulan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 10:52 AM