(Dari kiri) WILLIAM, Kate, Harry dan Meghan melambai kepada orang ramai di luar Istana Windsor. FOTO AFP
(Dari kiri) WILLIAM, Kate, Harry dan Meghan melambai kepada orang ramai di luar Istana Windsor. FOTO AFP
BERNAMA

Moscow: Putera William dan Putera Harry hadir bersama-sama di luar perkarangan Istana Windsor di London untuk melihat jambangan bunga yang ditinggalkan orang ramai sebagai penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Putera William diiringi isteri Kate Middleton manakala Putera Harry bersama pasangannya Meghan Markle turut berkenan beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar perkarangan istana itu.

HARRY menerima bunga daripada orang ramai. FOTO  AFP
HARRY menerima bunga daripada orang ramai. FOTO AFP

Penampilan putera diraja Britain itu adalah yang pertama sejak Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis, lapor Sputnik.

Pewaris takhta, Putera William dan isteri Kate dimasyhurkan sebagai Putera dan Puteri Wales selepas ayahandanya Raja Charles III ditabalkan sebagai Raja Britain.

Putera William dalam satu kenyataan rasmi di media sosial, berterima kasih atas bimbingan, kata-kata yang menenangkan serta kearifan mendiang nendanya sejak beberapa dekad lalu.

HARRY (kiri) Megan, (dua dari kiri), William dan Kate melihat bunga yang diletakkan orang ramai. FOTO AFP
HARRY (kiri) Megan, (dua dari kiri), William dan Kate melihat bunga yang diletakkan orang ramai. FOTO AFP

"Beta tahu hari ini akan tiba, namun akan mengambil sedikit masa sebelum berdepan realiti kehidupan tanpa nenda... Sebagai menghargai semua kenangan bersama nenda, beta akan sedaya upaya menyokong ayahanda beta," titahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2022 @ 11:30 AM