Asha mendekati dinding simen.
Asha mendekati dinding simen.

Shah Alam: Video yang dimuat naik pelakon, Harris Annuar di Instagramnya yang sedang melayan isterinya, Asha Merican yang sedang hamil mencuri perhatian ramai netizen.

Dalam video yang mencuit hati itu, Asha kelihatan mendekati dinding simen di ruang tangga kecemasan dan mengidam menghidu bau dinding.

"Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang, membawa dia pergi kawasan tangga kecemasan. Siapa macam ini juga?" tulisnya.

Harris dan isteri
Harris dan isteri

Dalam video pendek itu, Harris bertanya kepada isterinya, apa yang sedang dilakukannya.

"Buat apa? Bau simen? Dia sedut juga sikit nafas itu. Puas?" tanyanya.

Terdahulu, Harris berkongsi berita kehamilan isterinya, namun memilih untuk merahsiakan usia kandungan.

"Alhamdulillah atas rezeki tak terhingga ini. Doakan yang baik-baik," katanya.

Terdahulu, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 5:29 PM