Menara Eiffel . FOTO fail AFP
Menara Eiffel . FOTO fail AFP
Agensi

Paris: Menara Eiffel akan kembali dibuka untuk kunjungan mulai pertengahan Julai susulan langkah Kerajaan Perancis melonggarkan peraturan berhubung Covid-19.

Pengurusan menara ikonik menerusi Twitter berkata, kunjungan akan dibuka mulai 16 Julai.

Bloomberg melaporkan berita itu susulan pengumuman kerajaan yang sudah membenarkan kafe, restoran dan bar di seluruh negara itu kembali beroperasi.

Seramai 10,000 pelancong akan dibenarkan untuk mengunjungi Menara Eiffel, setiap hari.

Jumlah itu berbanding 25,000 orang sebelum ini.

Tarikan itu menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun, menurut laman web rasminya.

Menara Eiffel sebelum ini ditutup ketika penguatkuasaan sekatan pergerakan (lockdown) kali kedua pada Oktober tahun lalu.

Ia menyebabkan tarikan itu mengalami kerugian besar dengan kerugian operasi untuk 2020 hingga 2021 dianggarkan 120 juta Euro (RM601 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 2:53 PM