EMMANUEL Macron. FOTO AFP
EMMANUEL Macron. FOTO AFP
BERNAMA

Paris: Dua individu ditahan pada Selasa selepas Presiden Perancis Emmanuel Macron ditampar ketika kunjungan di wilayah Drome di tenggara Perancis, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Satu video disiarkan saluran berita BFM TV menunjukkan Macron berjalan ke arah orang ramai dan menyapa seorang lelaki yang kemudian menampar muka perdana menteri itu.

Pengawal keselamatan campur tangan dengan segera menarik Macron dan menahan lelaki terbabit.

Susulan kejadian, dua individu ditahan atas dakwaan melakukan kekasaran terhadap penjawat awam, menurut BFM TV.

Terdahulu, Macron berada di Drome untuk bertemu penduduk tempatan dan membincangkan isu mengenai kehidupan masyarakat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 10:59 AM