EMMANUEL Macron
EMMANUEL Macron
AFP

ABIDJAN: Seramai 33 pengganas dibunuh dalam operasi dilancarkan tentera Perancis di Mali tengah hari ini.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, tentera turut membebaskan dua anggotanya yang ditahan pengganas di Mopti.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika berada di Ivory Coast untuk menyambut Krismas bersama tentera Perancis.

Bulan lalu, seramai 13 tentera Perancis terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas di utara Mali ketika bertempur dengan pengganas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 10:34 PM