FINIDI mahu tingkatkan kembali prestasi pasukan Nigeria. FOTO Agensi
FINIDI mahu tingkatkan kembali prestasi pasukan Nigeria. FOTO Agensi
AFP

Abuja: Jurulatih baharu Nigeria, Finidi George menuntut komitmen sepenuhnya daripada pemain utamanya, kerana pasukan itu mensasarkan untuk mengembalikan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 ke landasan sebenar selepas permulaan goyah.

Finidi diperkenalkan kepada media sebagai jurulatih baharu negara itu untuk menggantikan Jose Peseiro dari Portugal, yang kontraknya tidak diperbaharui selepas membimbing Nigeria ke final Piala Negara-Negara Afrika Februari lalu.

Tugasan segeranya ialah dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Afrika Selatan dan Benin awal bulan depan.

Nigeria berada di tempat ketiga dalam kumpulan kelayakan mereka dengan dua mata daripada banyak perlawanan, manakala Afrika Selatan di tempat kedua dengan tiga mata.

Juara Afrika tiga kali itu menanti kehadiran Afrika Selatan ke bandar selatan Uyo pada 7 Jun, sebelum mereka pergi ke Abidjan untuk satu lagi perlawanan kelayakan menentang pasukan tercorot Benin tiga hari kemudian.

"Nigeria diutamakan, itulah yang saya harapkan daripada setiap pemain yang saya jemput," katanya kepada pemberita.

"Anda perlu bermain dalam kelab anda dan anda mesti mempunyai komitmen.

"Sasaran pertama adalah untuk layak ke Piala Dunia dan AFCON (Piala Negara-Negara Afrika) dan kemenangan ke atas Afrika Selatan akan menetapkan rentak."

Bekas pemain sayap Ajax itu menegaskan dia mempunyai 'kulit yang tebal' untuk menahan tekanan yang datang dengan mengetuai pasukan sebuah negara dengan lebih 200 juta orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2024 @ 10:50 AM