PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron. FOTO AFP
PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron. FOTO AFP
Reuters

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang mahu melaksanakan reformasi sistem pencen akan melepaskan pencen khas presiden apabila beliau tamat perkhidmatan.

Undang-undang Perancis sejak 1955 membenarkan presiden mendapat pencen 6,000 euro (RM27,531) sebulan sebelum cukai selepas sebaik tamat perkhidmatan.

Menurut kenyataan pejabat presiden hari ini, Macron akan melepaskan hak pencennya dan mengubah skim pendapatan presiden agar sejajar dengan reformasi sistem persaraan Perancis.

“Presiden Perancis akan termasuk dalam sistem mata dalam skim pencen yang dirancang untuk semua rakyat.

“Ia mengenai menjadi teladan dan seiring dengan pelaksanaan dasar,” kata kenyataan pejabat Macron.

Meskipun berkhidmat selama dua penggal (lima tahun setiap penggal), presiden berusia 42 tahun itu masih jauh daripada umur persaraan 62 tahun Perancis selepas tidak lagi menjadi presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 9:39 PM