Spratt. FOTO Polis Kent
Spratt. FOTO Polis Kent
Agensi

London: Jarang sekali penjenayah mahu ditangkap selepas membuat onar.

Namun, lain pula bagi penjenayah pedofilia di United Kingdom ini apabila bersyukur ditahan pihak berkuasa.

Allan Spratt, 46, menyatakan kegembiraannya selepas ditahan kerana tidak perlu menyerang mangsa lain.

Spratt sedang menjalani hukuman penjara dua tahun dan lima bulan selepas polis menyerbu rumahnya di Deal, Kent, penghujung Disember lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai gambar dan video kanak-kanak dalam keadaan tidak senonoh.

Sebelum ini, Spratt yang sudah berkahwin itu memerangkap kanak-kanak perempuan dengan memujuknya dan berlakon sebagai remaja berusia 13 tahun.

Ketika bertukar gambar, dia menipu kanak-kanak itu tentang rupanya lebih tua daripada usia sebenar kerana menghidap penyakit jarang jumpa.

Spratt kemudian berjaya memujuk kanak-kanak itu bertemunya sebelum merogolnya di sebuah hotel selepas menonton filem Disney.

Pendakwa raya, Robin Griffith memberitahu Mahkamah Canterbury Crown, tertuduh dalam rancangan mencari mangsa lain ketika polis menyerbu rumahnya.

"Ketika disoal siasat polis, Spratt bersyukur dirinya ditahan kerana hampir melakukan kesalahan sama dengan seorang kanak-kanak lain," katanya dalam portal Daily Star.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 6:30 AM