GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Laporan terbaru modul Kawalan Ibu Bapa oleh syarikat pembangun dan penyedia sistem keselamatan siber serta anti virus, Kaspersky Lab mendedahkan aktiviti online kanak-kanak di seluruh dunia berdasarkan apa yang ditonton, didengari, dibeli dan dicari oleh mereka.

Kajian yang dibuat dari Jun hingga pertengahan Ogos lalu menunjukkan, kanak-kanak lebih cenderung menonton kandungan video dan mendengar muzik di YouTube daripada menghabiskan masa di media sosial.

Mereka juga gemar menonton pelbagai siri televisyen di Netflix, dengan kanak-kanak lebih muda memilih saluran Nickelodeon, Cartoon Network dan Disney.

Bagi muzik pula, mereka menggunakan perkhidmatan penstriman seperti Spotify, Soundcloud dan iTunes untuk mendengar lagu. Kematian rapper terkenal XXXTentacion musim panas lalu secara tidak langsung menyebabkan genre rap lebih popular apabila kanak-kanak memilih untuk mendengar lagu penyanyi terbabit berbanding artis lain.

Selain itu, mereka juga mengunjungi laman berita seperti BBC, CNN dan BuzzFeed dengan lebih kerap selain menghabiskan masa menyemak status dan skor terkini Piala Dunia FIFA 2018. Permainan online turut memainkan peranan dengan laporan menyatakan kanak-kanak lebih berminat bermain Fortnite daripada permainan popular PUBG.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 6:59 AM