Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Moscow: Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menghalang penghantaran dos vaksin Covid-19 Sputnik V Rusia ke Tebing Gaza, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mai al-Kaila berkata pada semalam bahawa penghantaran Sputnik V untuk pekerja kesihatan sudah dihantar ke Gaza tetapi disekat Israel.

Menteri kesihatan menekankan tindakan berkenaan bertentangan dengan semua undang-undang dan perjanjian antarabangsa.

Palestin adalah negara pertama di Timur Tengah yang mendaftar untuk vaksin Sputnik V Rusia.

Kempen vaksinasi COVID-19 di Palestin dimulakan pada awal Februari, dengan petugas kesihatan menjadi kumpulan penerima pertama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 2:21 PM