MASJID Al Aqsa. FOTO AFP
MASJID Al Aqsa. FOTO AFP
BERNAMA

Baitulmaqdis: Bagi membendung penularan wabak Covid-19, solat jemaah tidak dibenarkan di kawasan Masjid Al-Aqsa.

Agensi melaporkan Majlis Wakaf Islam di Baitulmaqdis membuat keputusan itu semalam, selepas mesyuarat tergempar diadakan.

Larangan itu berkuat kuasa hari ini.

“Larangan solat jemaah ini dibuat untuk tempoh sementara dengan semua pekerja dan pengawal masih diarahkan menjalankan tugas serta aktiviti masing-masing seperti biasa.

“Laungan azan akan diteruskan di Masjid Al-Aqsa pada setiap waktu solat seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, larangan dibuat bagi melindungi nyawa dan kesihatan jemaah.

Sementara itu, Israel melaporkan 62 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan angka kes positif wabak berkenaan kepada 945 kes.

Kenyataan Kementerian Kesihatan menyatakan, 20 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 37 pesakit sembuh.

Pada Jumaat lalu, Israel mengesahkan kematian pertama akibat wabak berkenaan.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila berkata empat kes baharu dicatatkan di Ramallah dan Hebron, Tebing Barat menjadikan seramai 52 orang dijangkiti wabak itu di seluruh kawasan yang diduduki Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 4:22 PM