AZIZ Phitakkumpon. FOTO Bernama
AZIZ Phitakkumpon. FOTO Bernama
BERNAMA

Bangkok: Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.

Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.

"Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.32 pagi (waktu tempatan) hari Ahad.

"Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin," menurut kenyataan itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.

Dilahirkan pada 6 Mac 1947, Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2023 @ 6:19 PM