FOTO fail menunjukkan umat Islam menyertai solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid di Bangkok, Thailand, pada tahun ini. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan umat Islam menyertai solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid di Bangkok, Thailand, pada tahun ini. FOTO AFP
BERNAMA

Bangkok: Umat Islam di Thailand bakal meraikan Aidiladha pada 29 Jun (Khamis), umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon, semalam.

"Sudah disahkan bahawa anak bulan kelihatan (selepas matahari terbenam pada Isnin). Justeru itu Dhu Al Hijjah AH 1444 (1 Zulhijah) ialah pada hari Selasa (20 Jun) dan Eid al-Adha AH 1444 ( Aidiladha) pula pada Khamis (29 Jun)," katanya dalam satu kenyataan.

Umat Islam di Malaysia juga akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 7:53 AM