FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Bengang isterinya melarikan diri bersama lelaki lain, seorang lelaki India mengahwini isteri kepada kekasih wanita itu sebagai membalas dendam.

Kisah pelik itu berlaku di Khagaria Bihar, malah menariknya nama kedua-dua 'watak' wanita itu ialah Ruby.

Menurut ETV Bharat, Ruby Devi berkahwin dengan seorang lelaki, Neeraj pada 2009.

Pasangan itu mempunyai empat anak bersama.

Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, Neeraj mendapati isterinya menjalin hubungan luar nikah dengan seorang lelaki bernama Mukesh.

Selepas mengetahui pasangan itu berkahwin pada Februari 2022, Neeraj membuat laporan polis terhadap Mukesh kerana menculik isterinya.

Dalam laporannya, Neeraj mendakwa perkara mengenainya diputuskan menerusi pihak berkuasa tempatan, namun Mukesh enggan mematuhi keputusan berkenaan dan melarikan diri sejak itu.

Mukesh juga sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, malah secara kebetulan nama isterinya juga Ruby.

Sebagai membalas dendam, Neeraj memutuskan untuk berkahwin dengan isteri Mukesh, bulan lalu.

Berita perkahwinan aneh pasangan itu menarik perhatian pengguna internet, malah ada antara mereka membuat pelbagai spekulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 11:12 AM