ROBIAH (kanan) bersama Amran dan anak mereka.
ROBIAH (kanan) bersama Amran dan anak mereka.
Suliati Asri

Impian seorang isteri membeli motosikal roda tiga untuk suaminya, orang kurang upaya (OKU) bakal menjadi kenyataan apabila diumumkan sebagai pemenang Projek Mimpi yang melayakkannya menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Jurujual, Robiah Abu Bakar atau lebih mesra disapa Ruby, 39, dinobatkan sebagai pemenang Projek Mimpi iaitu projek khas anjuran editorial Sirap Limau yang bertujuan berkongsi cita-cita, impian dan keinginan masyarakat yang belum tercapai.

Menerusi video yang dikongsikan, Ruby berhasrat untuk membelikan motosikal roda tiga buat suaminya, Amran Osman yang bukan hanya menggunakan tempurung kepala besi sahaja, tetapi turut dinasihatkan doktor untuk berehat dan tidak perlu bekerja kerana kakinya tidak kuat.

Dengan adanya motosikal itu nanti, ia boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan harian dan dia berharap emosi suami tercinta semakin pulih serta mampu berdikari di masa hadapan.

Berlangsung dari 15 November 2023, kempen berkenaan berjaya meraih lebih 200 penyertaan yang kemudiannya disenarai pendek kepada 10 finalis.

Mereka adalah Maryam Elyas, Zairina Yuszairi, Nazia Suhaimi, Qaseh Rhizki, Ila Athilah, Nuansa Bening, Suhaimi Shima Salsabila, Nur Khairul Bariyah, Nor Sarah Shukri dan Ruby.

AMRAN yang bukan hanya menggunakan tempurung kepala besi, tetapi turut dinasihatkan doktor untuk berehat dan tidak perlu bekerja kerana kakinya tidak kuat.
AMRAN yang bukan hanya menggunakan tempurung kepala besi, tetapi turut dinasihatkan doktor untuk berehat dan tidak perlu bekerja kerana kakinya tidak kuat.

Sirap Limau mengumumkan Ruby sebagai pemenang Projek Mimpi selepas melalui proses penilaian video yang dimuat naik finalis di platform media sosial masing-masing dan di Tiktok Sirap Limau.

Ini kerana, salah satu kriteria video adalah perlu mempunyai elemen suntikan inspirasi kepada orang ramai.

Dalam pada itu Sirap Limau mengucapkan tahniah kepada pemenang dan finalis yang berani serta sudi berkongsi kisah impian mereka kepada masyarakat.

Projek Mimpi adalah inisiatif istimewa yang bertujuan menghimpunkan kisah-kisah mengenai impian, aspirasi dan keinginan rakyat Malaysia bagi tahun 2024.

Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan mengilhamkan komuniti bahawa tiada impian yang tidak dapat dicapai jika disertakan dengan tumpuan dan usaha yang berterusan.

Bagi yang terlepas membaca artikel dan menonton video menarik peserta, layari laman sesawang eksklusif Projek Mimpi di https://siraplimau.com/projekmimpi/ .

Selain itu, layari juga laman sesawang rasmi Sirap Limau iaitu https://siraplimau.com/ untuk mendapatkan kandungan informasi terkini dan evergreen berkaitan ilmu bersifat kekeluargaan, yang sesuai untuk segenap umur.

Ikuti kami di platform media sosial Sirap Limau seperti Tiktok dan Instagram di @mysiraplimau atau laman Facebook Sirap Limau https://www.facebook.com/mysiraplimau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 7:01 AM