Datuk Seri Alha Alfa.
Datuk Seri Alha Alfa.

 

Kuala Lumpur: Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) pada tahun ini bakal menjadi lebih meriah dengan kehadiran Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, TV3 selaku penganjur berkata, kerjasama itu adalah berdasarkan pencapaian pengasasnya, Datuk Seri Alha Alfa.

"Alha Alfa Cosmetics adalah syarikat peneraju industri kosmetik organik yang memperkenalkan penjenamaan Alha Alfa Cosmetics dengan formulasi yang bebas daripada bahan berbahaya dan berisiko.

"Alha Alfa Cosmetics diasaskan oleh usahawan muda yang sangat dikenali dikalangan selebriti serta jurusolek terkenal tanah air, iaitu Datuk Seri Alha Alfa atau nama sebenar beliau Datuk Seri Abdul Al Halim Al Fadzil. 

"Di usia yang muda, dia menjadi ikon kepada ramai jurusolek kerana kejayaannya di dalam bidang pengeluaran produk kosmetik dan membina empayar perniagaan menerusi penjenamaan Alha Alfa Cosmetics," katanya.

Kehadiran Alha Alfa Cosmetics sudah tentu membawa keceriaan kepada finalis AJL37 untuk tampil lebih anggun dengan lebih 100 jenis produk kosmetik yang sesuai untuk solekan tema AJL37 iaitu Dimensi Muzik.

Itu juga seiring dengan slogan Alha Alfa Cosmetics iaitu Perbezaan Itu Adalah Keunikan Kita.

AJL37 akan bersiaran secara langsung pada 12 Februari dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 bermula jam 9 malam.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 6:52 PM