FOTO fail pada 13 Mac 2021 menunjukkan penunjuk perasaan di Yangon menyalakan lilin dan mengaktifkan lampu pada telefon bimbit bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam tunjuk perasaan antikudeta di negara itu. FOTO AFP

BERNAMA

Yangon: Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar, manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik.

"Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-kurangnya 883 orang awam tidak bersenjata, manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.

"Selain itu, 60 kanak-kanak turut menjadi korban sejak rampasan kuasa itu,"

"Seramai 5,202 ditahan kerana membantah rampasan kuasa tentera dan daripada jumlah itu 126 dihukum mati," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric

Beliau berkata, PBB di Myanmar mengutuk sekeras-kerasnya kekerasan melampau tentera termasuk penggunaan peluru hidup, tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 10:58 AM