POLIS melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi. FOTO AFP
POLIS melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi. FOTO AFP
AFP

Yangon: Sekurang-kurangnya 38 individu meninggal dunia pada hari 'paling berdarah' krisis di Myanmar, semalam, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Pada hari ini sahaja (Rabu), 38 orang maut," kata Utusan Khas PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener kepada pemberita, sambil menambah 50 individu sudah meninggal dunia dan ramai lagi cedera sejak rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.

"Hari ini adalah hari paling berdarah sejak rampasan kuasa belaku," katanya, tanpa memberikan butiran terperinci mengenai pecahan angka korban.

Pada 1 Februari lalu, tentera merampas kuasa selepas menahan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Presiden Myanmar Win Myint.

Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Susulan itu, demonstrasi besar-besaran diadakan di Myanmar sebagai membantah rampasan kuasa berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 9:24 AM