SALAH satu pusat rawatan pesakit Covid-19 yang baru dibuka di Mumbai. FOTO EPA
SALAH satu pusat rawatan pesakit Covid-19 yang baru dibuka di Mumbai. FOTO EPA
BERNAMA

New Delhi: Penduduk India dinasihatkan memakai pelitup muka di rumah, terutama jika ahli keluarga disyaki menghidap Covid-19, kata pegawai kanan kesihatan, lapor agensi berita Sputnik.

"Tiba masanya untuk kita mula memakai pelitup muka walaupun berada di rumah," katanya dalam satu sidang media.

India pada minggu lalu melaporkan kes dan kematian harian tertinggi sejak pandemik Covid-19.

Selain itu, negara itu kini berdepan dengan kekurangan bekalan oksigen.

Dalam pada itu, satu laporan lain menyatakan bantuan perubatan dari United Kingdom sudah tiba di negara itu, pada awal pagi Selasa.

Ia termasuk 100 ventilator dan 95 pemekat oksigen.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 11:44 AM